Anda berada di halaman: Utama

KEM TAHFIZ & SMART SOLAT

E-mail Cetak PDF

Assalamualaikum kepda semua pengunjung laman sesawang PUSAT PENDIDIKAN AL-ISLAH (PPAI), pihak PPAI akan menganjurkan KEM TAHFIZ & SMART SOLAT, kepada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak tuan/puan ke KEM ini, berikut adalah butiran-butiran program:

PROGRAM ISTIMEWA CUTI SEKOLAH

KEM PRA TAHFIZ AL-QURAN/KEM SMART SOLAT BERSEMPENA CUTI SEKOLAH

ANJURAN:

PUSAT PENDIDIKAN AL-ISLAH (PPAI)

LOT 292, KG POKOK ASAM, JALAN PINANG TUNGGAL, 0800 SG PETANI KEDAH

KE ARAH MELAHIRKAN ANAK-ANAK SOLEH/SOLEHAH

TARIKH

1hb – 15hb DISEMBER 2011

TEMPAT

Pusat Pendidikan Al Islah,

YURAN PENYERTAAN

RM 380.00

(Termasuk makan, penginapan & file program)

Maklumat lanjut hubungi:

Ustaz Shukri Hussain

Pengarah Program/PK Ko-Kurikulum SRAI

017 378 3065/04-4386866

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

www.islah.edu.my

PENGENALAN

Program ini diadakan untuk mengisi masa lapang anak-anak ketika cuti sekolah. Dalam keadaan dunia sekarang ini terlalu banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberikan impak kepada anak-anak. Modul khas ini diharapkan dapat mengisi masa anak-anak di dalam kelompok yang terkawal disamping memberi dan menyediakan mereka dengan kekuatan untuk menempuhi alam dewasa nanti.

MATLAMAT & OBJEKTIF

  • Mengisi masa cuti sekolah dengan mempelajari ilmu agama dan bersosial sesama kawan-kawan seprogram di dalam satu kelompok terkawal yang berunsurkan islam.
  • Mentarbiahkan anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan
  • Mengajar kaedah / teknik menghafal surah-surah terpilih yang sering dibaca pada setiap waktu sembahyang.

 

MODUL KURSUS

Modul 1

      -   Kemahiran membaca al-quran

-       Kaedah menghafaz

-       Asas Ilmu Tajwid

-       Menghafaz surah pendek (Surah An-Nas - Ad Dhuha)

Modul 2

      -   Kemahiran membaca al-quran

-       Asas Ilmu Tajwid 2

-       Menghafaz surah pilihan (Surah Yasin, Sajadah, Al-Waqiah, Ar-Rahman)

Modul 3

      -   Kemahiran membaca al-quran

-       Asas Ilmu Tajwid 3

-       Menghafaz juzu' pilihan juz 30

-       Kaedah taranum & asas taranum ( tingkatan Lagu bayati )

Modul Lain

  • ·         Asas-asas fardhu ain

Modul Bonus

  • ·         Team Building Dalaman
  • ·         LDK
  • ·         Motivational Talk
  • ·         Team Building Luaran
  • ·         Riadah
  • ·         Program luaran - lapangan

KELOMPOK SASARAN

  • Untuk pelajar berumur 11 hingga 12  tahun ( Umur 10 dipertimbangan oleh urusetia )
  • Terbuka kepada semua yang berminat untuk mengisi program yang berfaedah ketika cuti sekolah;
  • Terbuka untuk pelajar sek. Ren Keb/Agama
  • Terbuka kepada pelajar yang tidak boleh dan kurang mahir dalam membaca al-quran (kelas khas akan diadakan bagi peserta ini)

TENAGA PENGAJAR

  • Tenaga-tenaga pengajar adalah mereka yang mempunyai pengalaman dalam kursus/kem dan pembimbing terdiri pendidik yang berpengalaman
  • Penceramah jemputan khas dari Jabatan Agama @ NGO

YURAN PENYERTAAN/PENDAFTARAN

  • RM 380.00 untuk seorang pelajar (Yuran daftar/ Yuran makan/Penginapan/Kertas kerja program)
  • Tarikh tutup & bayaran kursus program hendaklah dijelaskan sebelum 26hb Nov 2011
  • Daftar sebelum atau pada 17 November 2011 individu DISKAUN RM50 atau daftar secara kumpulan minima 3 orang DISKAUN RM80/orang

Pendaftaran program bolehlah di buat di pejabat PPAI @ sms nama/alamat/umur/ untuk tempahan kem no tel : ( 017- 3783065)

JADUAL AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

Jadual harian Pra tahfiz & Smart Solat

Tarikh :  1hb Disember – 15hb Disember 2011

 

MASA

AKTIVITI

  2.00 – 3.30 ptg

Kehadiran & Pendaftaran peserta                               

  3.30 – 4.00 ptg

 Taklimat kumpulan                                                                          

  3.30 – 4.00 ptg

Ucapan Perasmian

   4.00 – 4.45 ptg

Persiap[an solat asar   

  4.45 – 6.00 ptg

Taklimat umum/Bersama fisilitator

  6.00 – 7.00 mlm

Persiapan diri/makan

 7.00- 9.30 mlm

Solat maghrib& isya’ berjemaah/Hafalan

   9.30 – 11.00 mlm

Bengkel 1                                     

 11.00- 5.00 pg

Bahtera berlabuh                     

 

Jadual harian Pra tahfiz & Smart Solat

Tarikh :  2hb Disember – 14hb Disember 2011

MASA

AKTIVITI

   5.00- 5.50 pg

Bangun pagi/Solat sunat/hafalan                               

   5.50 – 7.00 pg

Solat Subuh berjemaah/hafalan                                                                    

   7.00 – 7.30 pg

Aktiviti kesehatan

7.30 – 8.30 pg

Jamuan pagi

  8.30-10.00pg

Bengkel & aktiviti bersama Murabbi/fisi

  10.00 – 10.30pg

Rehat/mi num

  10.30- 12.00 tgh

Bengkel& aktiviti bersama Murabbi/fisi

 12.00 – 2.30 ptg

Makan tgh/ Solat zohor/hafalan                                     

  2.30 – 4.00 ptg

Bengkel & aktiviti bersama Murabbi/fisi                     

   4.00 – 5.30ptg

Rehat/Solat asar/hafalan                                                                

    5.30 -6.15 ptg

Aktiviti kesihatan/bersama fisilitator

   6.15 – 7.00ptg

Persiapan diri/makan malam                                                             

   7.00 – 9.30ptg

Solat maghrib/isya’/hafalan                                                           

9.30 – 11.00 mlm

Bengkel & aktiviti bersama Murabbi/fisi                                                             

11.00 mlm

Rehat/Bahtera berlabuh                                                              

 

Jadual hari Penutup Kem Pra Tahfiz & Smart Solat

Tarikh :  15hb Dec 2011

 

MASA

AKTIVITI

   5.00- 5.50 pg

Bangun pagi/Solat sunat/hafalan                                

  5.50 – 7.00 pg

Solat Subuh berjemaah/hafalan                                                                    

7.00 – 7.30 pg

Aktiviti kesehatan

7.30 – 8.30 pg

Jamuan pagi

8.30-10.00pg

Bengkel 2

10.00 – 10.30pg

Rehat/mi num

10.30- 12.00 tgh

Bengkel 3

12.00 – 2.00 ptg

Makan tgh/ Solat zohor                                    

2.00 – 2.30 ptg

Ketibaan Ibubapa/Waris                    

2.30 – 3.30ptg

Program anak bersama ibubapa ( program kasih sayang)                                                                 

3.30 -4.30 ptg

Ucapan Penutup:Al fadhil Tuan haji Rosli Yusof – Pengerusi LTS PPAI

4.30 ptg

Solat Asar & Bersurai                                                           

 

PERLATAN YANG PERLU DIBAWA (UNTUK 2 MINGGU 1-15 Disember 2011)

Banin (Lelaki)

1.      Peralatan mandi

2.     T-shirt, jubah & Baju Melayu

3.     Seluar track 3 helai

4.     Selipar

5.     Stokin 2 pasang

6.     Ubat-ubatan peribadi

7.     Mathurat dan Al Quran ( rasm Othmani )

8.     Buku catatan, pen / pensel

9.     Tilam (Toto)

 

Banat (Perempuan)

1.      Peralatan mandi

2.     Baju kurung/jubah /T-shirt – Banat 3 helai

3.     Satu salinan pakaian seragam sekolah yang bersih.

4.     Tudung warna cerah 2 helai, warna gelap 1 helai

5.     Seluar Track 3 helai

6.     Selipar

7.     Stokin 2 pasang

8.     Telekung

9.     Ubat-ubatan peribadi

10.   Mathurat dan Al Quran

11.    Buku catatan, pen / pensel

12.   Tilam (Toto)

 

Keperluan pakaian hendaklah mencukupi untuk jangkamasa 2 minggu,

 

Sila klik link dibawah untuk dapatkan borang penyertaan:

Borang Penyertaan

Sila serahkan borang penyertaan di Pejabat Pusat Pendidikan Al-Islah sebelum 26 November 2011.

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 16 November 2011 06:01 )  

Kategori Berita

Berita SRAI :

TAHNIAH! & SYABAS kepada pasukan Salehuddin ( Kuning ) kerana telah berjaya menjadi johan dalam kejohanan suka...

<<<

More:

Tahfiz

Tahfiz

BENGKEL TAHFIZ AL-QURAN

Alhamdulillah, Bengkel hafazan al-quran yang telah dijalankan oleh pengurusan Maahad ta...

<<
More:

PERMOHONAN KE TINGKATAN 4/2015

PERMOHONAN KE TINGKATAN 4/2015 TELAH DIBUKA

SYARAT KEMASUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

  •   LULUS
    • Bahasa malaysia
    • Baha...
<<<<<<<<
More:

info :-

KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat M...

More:

Berita Bergambar

Kalender Aktiviti

<<  November 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Video Youtube

You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.
Title: Perutusan AidilFitri PPAI 2012/ 1433H

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung Al-Islah

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini471
mod_vvisit_counterKelmarin652
mod_vvisit_counterBulan ini14889
mod_vvisit_counterKeseluruhan667525

Online (20 minit yang lalu): 7
Tarikh: Nov 28, 2014

FB~PPAI