KEJOHANAN OLAHRAGA SEK REN ISLAM Peringkat Negeri Kedah

Anak yang dilahirkan pada tanggal 20 Feb 2004 ini ternyata berbakat luar biasa. Bukan sahajamempunyai rekod cemerlang dalam akademik dengan menduduki kelas Pertama , Tetapi di dalam sukan juga beliau sangat menyerlah. Bakat beliau di dalam sukan mula dicungkil di tahun 2015 apabila beliau dipilih mengetuai pasukan Futsal SRAI ke peringkat Kebangsaan bagi sekolah rangkaian IKRAM-Musleh. Tiba 2016 , beliau makin menunjukkan kehebatan apabila berjaya memenangi acara 100M , 200M dan 4x100M Kejohanan Sukan Tahunan SRAI seterusnya dinobatkan sebagai Olahragawan Sekolah.

sukan jheik3 sukan jheik4

SERTAI KEJOHANAN OLAHRAGA SEK REN ISLAM Peringkat Negeri Kedah

Dengan Kejayaan itu , beliau terus dipilih menjadi wakil sekolah dalam acara 100M , 4x100M dan Lompat Jauh. Berkat kesungguhan beliau dan bimbingan jurulatih ( 100M - Muallim Khairi Nikmat / 4x100 Muallim Fathir / Lompat Jauh Muallim Suady dan Mualimah Rosni ) , Beliau menyapu bersih EMAS bagi acara yang disertai. Lantas Penganjur kejohanan tidak teragak-agak memberi anugerah OLAHRAGAWAN KEJOHANAN bagi tahun 2016.

sukan jheik1 sukan jheik

sukan jheik2

 

Tahniah Akmaluddin !
Pecutan seterusnya untuk 6A dan MARDHATILLAH

iNSYAALLAH

 

TOP